Monday, December 17, 2018

INTERPRETATION ENVIRONMENT







MUZIUM NEGARA




 Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf  pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini. 

Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di malaysia dan pendukung terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti di muzium taiping, perak (1883), muzium sarawak (1888) dan muzium selangor (1889). didirikan di atas tapak muzium selangor yang musnah pada mac 1945 akibat perang dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh perdana menteri malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. akhirnya bangunan muzium negara berdiri megah dan dirasmikan oleh seri paduka baginda yang di-pertuan agong malaysia ke-iii pada 31 ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini.

Waktu dibuka dan bayaran masuk

-  Waktu beroperasi 9.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari.
-  Muzium akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha



WARGANEGARA                                                RM 2.00
WARGA TUA                                                       RM 1.00
OKU                                                                      RM 1.00
KANAK-KANA 12 TAHUN
KEBAWAH                                                           PERCUMA
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
BERPAKAIAN SERAGAM                                 PERCUMA
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
TIDAK BERPAKAIAN SERAGAM                   RM 2.00
AHLI ICOM                                                         PERCUMA
BUKAN WARGANEGARA                                RM 5.00
KANAK-KANAK 6-12 TAHUN
( BUKAN WARGANEGARA)                            RM 2.00
KANAK-KANAK 6 TAHUN
KEBAWAH                                                          PERCUMA
( BUKAN WARGANEGARA)

( untuk info lanjut sila klik di sini )

BROSUR MUZIUM NEGARA




CONTOH KEAADAN DI DALAM MUZIUM NEGARA





ANTARA ARTIFAK YANG BERADA DI MUZIUM NEGARA:



DUIT EMAS SULTAN MUZAFFAR SHAH ( 1564-1570) JOHOR

                                                         
        DUIT KIJANG EMAS
                       
                  DUIT EMAS ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN ALAU'UDDIN RAIYAT SHAH        ( 1527&28-1564), JOHOR

                       

DUIT EMAS ZAMAN PEMERINTAHAN SUTAN ZAINAL ABIDIN II 
(1793-1808) TERENGGANU

PENDING MELAYU


TEPAK SIREH SULTAN ABDUL SAMAD



CELEPA DIRAJA TERENGGANU



PATUNG AVALOKITESVARA


ARCA BUDDHA DUDUK


LOCENG GANGSA

1 comment:

LINK WITHIN:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Meals A Day VLog